hmm hari ni keluar sorang2 pergi gunting rambut. Fuh Lega bila rambut dah sikit. 😁
lepas gi gunting rambut, macam biasa..akan mengular cari coffee house. Pergi melawati ingat nak ngopi di whitespace. Tapi whitespace tutup hmm.
pusing pula pergi allied caffeinary..pun tutup juga hmmm.. jadi next option ke wolf & turtle di Taman melawati ni.
saya selalu juga bawa anak2 cumel saya tu makan sini, tapi cik isteri jarang bawak hahahaa.
ada sekali tu cik isteri merajuk sebab tak ajak dia datang sini. 🤣
Kat wolf and turtle ni saya suka makan burger dia…sedap..cuma Kali ni diuji dengan ulser bawah lidah.
allahu..serious sakit bila makan, pedih Dan macam2 rasa..
today – saya ada seorang isteri Dan 3 orang anak lelaki, semua pinjaman Allah SWT kepada ku.
berkhalwat daku seorang diri di meja sudut di wolf and turtle ni, sambil menikmati coffee and burger disini, fikiran melayanh memikirkan isteri, anak2 , Ibu ku Dan adik2 ku.
memikirkan masalah umat Islam , masalah Dunia. Fuh pening oooo.
memikirkan tahun ini SRI Integrasi Al-Istiqamah bakal ada UPKK & peperiksaan akademik darjah 4.
memikirkan strategi 2027 untuk buka lagi 3 lagi cawangan tadika Islam Al-Istiqamah sebelum buka Sekolah Menengah Islam Integrasi Vokasional Al-Istiqamah (SMIVA) pada tahun 2028.